Posted by : Dangerous_Boy Tuesday, January 22, 2013

Assalamualaikum

Dah lama x update blog.. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi bersama kepada rakyat Malaysia mengenai gambar Handphone Samsung Clone yg selama ini dicanang oleh peniaga-peniaga yg tidak bertanggungjawab menjualnya sebagai recond set dan ada juga yg mengatakan ia AP set.

Saya dengan rasa bertanggungjawabnya sebagai seorang pengguna yang bijak, ingin memaklumkan bahawa sesiapa yg membeli handphone Samsung dengan harga yg murah dan tidak masuk masuk akal, maka anda telah tertipu dengan seller yg tidak bertanggungjawab

Jadi saya persembahkan gambar contoh yang diambil di forum2 dan laman sesawang labah2 yang maan semua ini adalah clone/tiruan semata-mata. Jadi berhati-hati ketika membeli handphone Samsung seperti Galaxy SIII, Note I dan Note II

Biasanya mereka akan terpedaya dengan sticker SKMM yg terdapat dibelakang handphone. Namun sebenarnya handphone tersebut adalah clone semata-mata


Handphone clone boleh dikesan melalui cara berikut:-
  1. Kotak Handphone
  2. Warranty Card Samsung
  3. Ketebalan Handphone
  4. Tidak boleh update phone melalui On The Air (OTA)
  5. Kedudukan Simcard dan Memory Card
  6. Screen LCD bukannya AMOLED
  7. Packaging
  8. Indicator lamp
  9. Harga terlalu murah iaitu separuh harga daripada harga pasaran
  10. Walaupun ada sticker SKMM, ia kadang2 clone
  11. Single Core atau Dual Core bukannya Quadcore seperti Spec original
  12. Jangan percaya sangat dengan Antutu Benchmark atau Tester
  13. IMEI handphone tidak sama dengan belakang handphone dan kotak
  14. Wifi lambat detect
  15. Charger dan Headphone





























Sekiranya anda ingin membeli handphone yang saya nyatakan diatas silalah jgn membuat pembelian secara online dan eloklah Cash On Delivery (COD). Kalau anda rasa tidak yakin, belilah di Kedai Samsung yang sah dan berdaftar tetapi harga fixed. 

Tips sebelum membeli handphone:-
  1. Buat survey di internet
  2. Bwk rakan/saudara/adik-beradik anda yg memakai handphone yg sama seperti yang anda ingin beli.
  3. Tanya orang yg pakar mengenai bidang ini
  4. Jgn terburu-buru ketika membeli.
  5. Amik masa untuk membelek dan menge'test' handphone tersebut
  6. Carilah kedai yg boleh dipercayai
Sekirannya niat anda memang ingin membeli handphone clone tersebut, belilah atas risiko sendiri. Saya cuma di sini hanya utk mengingatkan sebagai pengguna yang bijak dan berwaspada.

Dan jgn lupa join Kelab Gerakan Pengguna Siswa di UIAM

Huzaifah Bin Mohd Yatim
Seketriat Multimedia dan Informasi
Gerakan Pengguna Siswa IIUM 2012-2013

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Followers

Huzaifah Yatim (akubukanbudakict). Powered by Blogger.

Follow by Email

Copyright, Terms & Conditions
Copyright and limitations on use
© 2012 akubukanbudakict. All rights reserved. Republication, reproduction or redistribution of akubukanbudakict content, including by framing or similar means, is prohibited without the prior written consent of akubukanbudakict.

Disclaimer of Warranties and Liability
The Web sites include facts, views, opinions and recommendations of individuals and organizations that we have deemed may be of interest to you. However, we do not guarantee the accuracy, completeness or timeliness of, or otherwise endorse the views, opinions or recommendations of others.

- Copyright © 2013 Aku Bukan Budak ICT -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -